HomeUtamaBot Tunda Guna Lesen Tamat Tempoh Ditahan

Bot Tunda Guna Lesen Tamat Tempoh Ditahan

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah bot pukat tunda selepas dikesan menangkap ikan tanpa lesen dan permit yang sah di perairan Kota Kinabalu, semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot pukat tunda terbabit ditahan oleh kapal peronda Maritim di kedudukan sekitar 11 batu nautika Tenggara Pulau Mantanani.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh orang kru warganegara Indonesia berusia antara 21 hingga 44 tahun bekerja d atas bot berkenaan.

“Pemeriksaan turut mendapati dua daripada kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, pemeriksaan dokumentasi turut mendapati lesen bot dan lesen perikanan telah tamat tempoh selain kru bot gagal mempamerkan lesen asal bot tersebut serta gagal mempamerkan sijil kebenaran menggunakan peralatan radio dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, bot serta kru ditahan dan di bawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya