HomeIsu tempatanPPM Tawau Berjaya Halang & Usir Pendatang Asing

PPM Tawau Berjaya Halang & Usir Pendatang Asing

Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menghalang cubaan sebuah bot tempatan dipercayai membawa masuk warga Indonesia ke perairan negara di Kawasan laut Sungai Melayu, Pulau Sebatik, Tawau, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Selamat mengesahkan PPM Tawau telah berjaya menahan sebuah bot bersama seorang lelaki warganegara tempatan sebagai juragan yang membawa tiga orang penumpang.

“Ketiga-tiga penumpang adalah warganegara Indonesia berumur antara 35 tahun hingga 42 tahun yang terdiri daripada dua orang lelaki dewasa dan seorang orang wanita dewasa.

“Juragan bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedure operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998,” menurut satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Katanya, bot yang membawa tiga orang penumpang tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

“Pasukan Polis Marin Tawau terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Tawau bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.” tambahnya lagi.

Dalam kes yang berasingan, pada 21 Disember 2021 Unit Risikan Marin (URM) MO PPM Tawau yang menjalankan tugas Risikan Op Benteng / Op Gelora Khas telah berjaya menahan dan mengusir 13 Warganegara Indonesia yang cuba memasuki Perairan Malaysia terdiri daripada lima lelaki dan lapan perempuan di lokasi yang sama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya