HomeUtamaCOVID-19 : Pengembara Dari Negara Berisiko Tinggi Perlu Jalani Kuarantin Wajib Bermula...

COVID-19 : Pengembara Dari Negara Berisiko Tinggi Perlu Jalani Kuarantin Wajib Bermula Esok

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Semua pengembara dari luar negara yang ingin ke Sabah perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari sebaik tiba di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke negeri ini berkuatkuasa esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dn Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kuarantin mandatori itu perlu dipatuhi pengembara yang datang daripada negara yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

“Seperti yang diumumkan semalam, mulai esok (28 Disember), semua pengembara yang datang dari negara tertentu melalui penerbangan antarabangsa dan berhasrat ke Sabah atau dalam perjalanan balik ke Sabah akan melalui kuarantin mandatori tujuh hari di Kuala Lumpur sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah.

“Senarai negara-negara yang yang terlibat dengan peraturan terbaharu ini telahpun diumumkan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, rakyat negara asing yang tiada pengecualian khas memasuki Sabah juga perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk masuk ke negeri ini.

Peraturan itu dikenakan terhadap pengembara yang datang dari negara United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, France, Kanada, Denmark, Nigeria, United States, India dan Pakistan.

Senarai negara terbabit telah dikenal pasti berisiko tinggi jangkitan COVID-19 varian Omicron.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular