HomeIsu tempatanPolis Marin Lahad Datu Tumpaskan Aktiviti Bom Ikan

Polis Marin Lahad Datu Tumpaskan Aktiviti Bom Ikan

Read Time:54 Second

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti cubaan menangkap ikan menggunakan bom ikan di sekitar perairan Pulau Sakar, dekat sini pagi tadi. (27 Dis)

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, anggota Polis Marin telah mengejar sebuah perahu yang dipercayai melakukan aktiviti bom ikan dan perahu tersebut telah ditinggalkan di kawasan Pulau Malamok, Lahad Datu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan keatas perahu yang ditinggalkan itu, pihak polis menemui peralatan atau barang salah iaitu beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat yang dipercayai digunakan untuk tujuan bom ikan,” kata Gan dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua barang tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985, manakala nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,400.00.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya