HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Bertambah 43 Kes

COVID-19 : Jangkitan Bertambah 43 Kes

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU :  Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali naik  dengan pertambahan sebanyak 43 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif harian bertambah menjadi 168 kes pada hari ini.

“Banyak daerah mencatat kes baharu hari ini walaupun dalam jumlah yang agak kecil.

“Terdapat lapan daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 21 kes, Penampang 18 kes, Kota Belud 17 kes, Putatan 16 kes, Keningau 12 kes, Ranau 11 kes, Tuaran 11 kes dan Sipitang 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 14 lagi daerah mencatatkan jumlah kes pada kadar satu angka dan lima daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.

Katanya, cuma tiga daerah mencatat jumlah kes dua angka semalam, 16 daerah mencatat kes baharu satu angka dan lapan daerah tanpa sebarang kes baharu.

“Seramai 162 orang daripada 168 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit baharu dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya