HomeUtamaMUIS Berjaya Kutip RM113 Juta Zakat Perniagaan

MUIS Berjaya Kutip RM113 Juta Zakat Perniagaan

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak RM113 juta zakat berjaya dikutip Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi tahun berakhir 2021.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, semakin banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Persekutuan mahupun negeri telah tampil menunaikan zakat.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada MUIS kerana telah melaksanakan kutipan zakat dan terima kasih kepada semua pihak yang tampil menunaikan ibadah ini.

“Pada tahun ini MUIS telah berjaya mendapat kutipan yang lebih berbanding tahun lalu dimana kita telah mengutip pungutan zakat sebanyak RM101 juta, manakala pada tahun ini sehingga 27 Disember 2021, sejumlah RM 113 juta berjaya dikutip,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Wisma MUIS disini semalam.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut menjangkakan akan ada lagi pihak akan tampil untuk menunaikan ibadah zakat sehingga hujung tahun ini.

“Saya juga ingin menyeru kepada para peniaga yang berjaya membuat keuntungan agar tampil menunaikan zakat perniagaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Arifin menyaksikan sesi penyerahan zakat oleh tujuh wakil syarikat kepada Yang Di Pertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin mewakili Bahagian Zakat MUIS.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Di Pertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad.

Tujuh syarikat terbabit ialah AgroBank, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Syarikat Takaful Malaysia Berhad, FM Fresh Mart, Adhwa Enterprise, Koperasi Maktab Sabah Berhad dan Boustead Plantations Berhad.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya