Pasangan Suami Isteri Dituduh Di Mahkamah Hari Ini, Dera Pembantu Rumah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Pasangan suami isteri yang ditahan, dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini dipercayai mendera pembantu rumah mereka sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kertas siasatan selesai sepenuhnya hasil daripada tahanan reman yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek seterusnya dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya sebelum diarahkan pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan berusia 40 dan 33 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang pembantu rumah berusia 28 tahun di rumah mereka di sebuah kondominium di Jalan Lintas Lido, dekat sini.

“Kejadian dilaporkan pada 13 Disember lalu apabila pasangan terbabit mendakwa menemui pembantu rumah mereka meninggal dunia selepas pulang dari bercuti di Kundasang.

“Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk melecur di sebahagian badan,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

“Manakala kedua-dua suspek terus ditahan bagi membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan dijalankan hari ini,” jelasnya.

Sebelum ini satu portal tempatan melaporkan pasangan suami isteri keluarga VVIP sabah, dera pembantu rumah sehingga mati dibebaskan reman.

Menurut laporan itu, pembantu rumah berusia 28 tahun yang berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri ” keluarga VVIP Sabah itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *