HomeUtamaAgensi Kerajaan Sentiasa Bantu Pengusaha Pertanian Tingkat Hasil Tanaman

Agensi Kerajaan Sentiasa Bantu Pengusaha Pertanian Tingkat Hasil Tanaman

Read Time:1 Minute, 11 Second

RANAU : Pengusaha tanaman kopi di daerah ini disaran untuk sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan pertanian bagi membantu mengembangkan industri kopi tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah mendapatkan konsultasi dan nasihat dari Jabatan Pertanian Sabah dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, agensi-agensi kerajaan ini sentiasa terbuka untuk memberi nasihat dalam bidang pertanian seterusnya membantu mempertingkatkan lagi pasaran produk kopi di daerah ini.

“Sudah pasti para petani dan pengusaha kopi ini nanti akan beroleh kejayaan namun ia bergantung kepada usaha dan inisiatif mereka untuk mendapatkan nasihat dari agensi-agensi kerajaan.

“Selain itu, saya juga menyeru kepada semua petani dan pengusaha kopi di sini agar memastikan bekalan kopi sentiasa mencukupi agar pasaran produk itu sentiasa berterusan dengan permintaan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Mesin Memproses Biji Kopi di Dewan Serbaguna Kampung Toboh Lama di sini semalam.

Hadir sama Pengarah FAMA Ribin Wahid.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, produk kopi menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dimana harga borong kini mencecah lebih RM20 bagi sekilogram kopi.

Katanya, tiada keperluan untuk golongan muda berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan dan mereka boleh menanam kopi di kampung sendiri yang menjanjikan pendapatan yang tinggi.

“Justeru itu, saya berharap penduduk terlibat dapat menyedari bahawa mereka beruntung tinggal di tempat unik selain baik dan ideal untuk penanaman seterusnya pengeluaran kopi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya