HomeIsu tempatanPenduduk Kg Nawanon Kini Miliki Dewan Komuniti Baharu

Penduduk Kg Nawanon Kini Miliki Dewan Komuniti Baharu

Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Penduduk Kg Nawanon di sini menarik nafas lega kerana hasrat memiliki sebuah Dewan Mini ‘Dewan Komuniti’ yang baharu tercapai dan telah siap dibina sepenuhnya.

Dewan Komuniti yang menelan kos kira-kira RM200 ribu itu, acara perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, baru-baru ini.

Acara perasmian Dewan Komuniti tersebut bertambah meriah diserikan lagi dengan sambutan Hari Krismas peringkat Kg Nawanon dihadiri ratusan penduduk setempat termasuk rombongan  dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau  dalam ucapannya, menyeru penduduk Kg Nawanon supaya memanfaatkan sepenuhnya apa juga  sumbangan kemudahan dan bantuan daripada kerajaan.

“Gunakanlah bangunan Dewan Komuniti ini, sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai aktiviti atau program yang boleh mendatangkan faedah khususnya ke arah meningkatkan taraf ekonomi  penduduk di sini,’ katanya.

Beliau juga menyarankan kepada pemimpin peringkat kampung agar menjalankan tugas dan tanggungjawab  serta kerjasama sebaik mungkin dengan penduduk bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan diperingkat kampung.

“Tugas pemimpin di peringkat kampung adalah untuk memastikan masyarakat sentiasa bersatu padu bagi mengekalkan persaudaraan sedia terjalin erat,” tegasnya.

Menyentuh apa juga perayaan yang diraih , Datuk Jonathan juga menyeru rakyat supaya menjadikan perayaan itu sebagai wadah memperkukuhkan persaudaraan dan toleransi tanpa membezakan agama, suku kaum dan ideologi politik.

“Jadikanlah apa  juga perayaan di tempat kita sebagai perayaan bersama ke arah menyatupadukan dan mengekalkan keharmonian yang sudah kita pupuk sekian lama,” jelasnya.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Nawanon yang juga Pengerusi penganjur, Jemisi Sabal dalam ucapannya mewakili penduduk berterima kasi atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombonganya ke majlis yang disifatkannya sebagai ‘Bersejarah’ kerana perasmian bangunan Dewan Komuniti yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu.

“Saya mewakili penduduk Kg Nawanon merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana prihatin membantu penduduk di sini untuk mendapatkan peruntukan kewangan menerusi  Kementerian  Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia bagi membina sebuah Dewan Komuniti yang kini tersergam indah,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

350 kakitangan KYS sertai program berjalan 10,000 langkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular