HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Kembali Melepasi Paras Angka 200

COVID-19 : Jangkitan Kembali Melepasi Paras Angka 200

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali melepasi paras angka 200 hari ini dengan jumlah kumulatif harian sebanyak 226 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 34 kes lebih tinggi berbanding jumlah semalam.

“Lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi 46 kes, diikuti dengan Tuaran dengan 37 kes, manakala lapan daerah lain lagi mencatatkan kes antara 10 hingga 18 kes.

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu angka dan cuma tiga daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi berbanding jumlah semalam.

Katanya, kedua-dua daerah itu masing-masing dengan  pertambahan 17 kes dan 14 kes.

“Ranau adalah satu-satunya daerah yang menunjukkan penurunan kes baharu yang dianggap signifikan iaitu -12.

“Seramai 221 orang daripada 226 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan juga seorang dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular