HomePolitikJeffrey Bertemu Peter, Juil Petang Ini

Jeffrey Bertemu Peter, Juil Petang Ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti baharu.

Jeffrey berkata, ini kerana telah banyak parti politik wujud di negeri ini yang berasaskan KDM dan ia akan menimbulkan masalah jika terlalu banyak parti tempatan.

“Saya berharap ini tidak akan berlaku kerana mereka juga berhasrat untuk mesra kepada kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) selain mengukuhkan lagi kerajan Sabah.

“Saya mungkin akan berjumpa dengan mereka (Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantin) petang ini selepas dihubungi oleh pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bagi Tahun 2020 dan 2021 disini hari ini.

Jeffrey berkata demikian bagi mengulas jika ada maklum balas berhubung pelawaan beliau semalam yang mahu kedua-dua ADUN berkenaan menyertai STAR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Jeffrey berkata, pihaknya telah menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari STAR malah dari semua parti gabungan dalam GRS.

“Kita tidak tahu bila tetapi anggaplah bila-bila masa boleh berlaku PRU-15.  Sudah pasti kita tidak mahu ada pertembungan.

“Saya harap strategi untuk memastikan kemenangan bersama akan wujud sebab kita mahu kestabilan politik,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya