HomeSukanKhairul Fahmi Sah Bersama Sabah FC, Park Tae Su Kekal Musim Keempat

Khairul Fahmi Sah Bersama Sabah FC, Park Tae Su Kekal Musim Keempat

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC mengumumkan beberapa pemain baharu bagi menguatkan lagi pasukan itu mengharungi saingan Liga Super musim baharu kali ini.

Ia termasuklah penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang sebelum ini bermain bersama Melaka United.

Dengan pengumuman yang diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sabah FC itu turut menjawab desas-desus yang sebelum ini mengaitkan Apek menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Kehadiran Apek ke Skuad Badak akan digandingkan bersama penjaga gol baharu Damien Lim yang sebelum ini beraksi bersama Negeri Sembilan FC.

Gandingan dua penjaga gol baharu itu sudah pasti cukup kuat untuk memastikan gawang Sabah sukar dibolosi lawan dalam aksi Liga Super 2022.

Turut diumumkan adalah pemain kelahiran Sarawak, Tommy Mawat yang merupakan pemain yang terkenal dengan kebolehan menyerang dan pergerakan pantas.

Pemain berusia 26 tahun itu berpengalaman beraksi dengan beberapa pasukan seperti PJ Rangers, Kuching FA, PKNS FC dan Sarawak United.

Selain itu, beliau juga antara pemain yang pernah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee menganggotai skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Sabah FC turut menyambung kontrak pemain import Park Tae Su bagi musim keempat selepas bermain cemerlang bersama pasukan itu selama tiga musim sebelum ini.

Pemain utiliti yang berasal daripada Incheon itu telah menandatanganikontrak penyambungan bersama Sabah FC selama setahun.

Ini bermakna Sabah FC kini telah mempunyai dua pemain import termasuk seorang pemain daripada Indonesia Saddil Ramdani.

Sabah FC sebelum ini telah mengumumkan beberapa pemain baharu antaranya Baddrol Bakhtiar, bekas kapten dan pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, disusuli bekas rakan sepasukannya, Rizal Ghazali dan Dominic Tan yang sebelum ini bermain dengan Police Tero dalam Liga Thailand.

Selain itu, turut menguatkan Sabah FC musim baharu kali ini pemain pertahanan, Mohd Badrul Affendy yang sudah pasti menguatkan lagi bahagian serangan dan pertahanan Sabah.

Tidak ketinggalan Irfan Fazail, pemain tengah yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama seorang lagi bekas pemain JDT II, Stuart John Wilkin dan bekas pemain UiTM FC, Dirga Surdi bakal mengubah penampilan Sabah dalam aksi Liga Super 2022.

Kim Swee turut mengekalkan pemain senior, Amri Yahyah; N Thanabalan dan Nazirul Naim Che Hashim, selain pemain tempatan, Alto Linus, Rawilson Batuil, Randy Baruh dan Ummareng Bacok.

Selebihnya, Kim Swee turut memberi peluang kepada pemain muda Sabah untuk memperkuat skuad Sang Badak, antaranya Mohd Ramzi Mustakim, Abd Hanafie Tokyo Abd Hasim, Mohd Nureizkhan Isa Japar, Mohamad Sahrizan Saidin, Gerald Gadit, Mohd Naaim Firdaus Stibin dan Azhad Harraz Arman.

Difahamkan juga, Sabah FC masih meneliti beberapa lagi pemain import bagi memperkuat Sabah FC musim 2022 termasuk seorang pemain berasal dari Asia Barat.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya