HomeSukanKBS Sabah Terus Laksana Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal

KBS Sabah Terus Laksana Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan terus melaksanakan aktiviti dan program kesukanan yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia termasuklah melaksanakan semula Program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal KBS Sabah.

“KBS sememangnya mempunya perancangan yang agak banyak untuk melaksanakan program dan aktiviti bukan sahaja berbasikal namun pelbagai program lain yang menjurus kepada belia dan sukan.

“Pada tahun lalu, kita turut giat melaksanakan beberapa aktiviti berbasikal dan sudah tentu tahun ini akan diteruskan lagi dimana antara lain kita akan menyambung semula program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Sabah Folding Gathering di perkarangan Pantai Tanjung Aru 2 disini pagi tadi.

Andi berkata, program etika kayuhan itu adalah bagi mengumpulkan komuniti basikal untuk menyertai taklimat dan kursus mengenai etika ketika menggunakan jalan raya.

Sementara itu, Andi berkata,penganjuran aktiviti kayuhan basikal lipat itu dilihat mampu merapatkan silaturrahim antara penggemar sukan berbasikal di negeri ini.

“Program Sabah Folding Gathering ini mengumpulkan peminat basikal lipat untuk berkumpul merapatkan silaturrahim.

“Meskipun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, namun ia bukan halangan untuk masyarakat bersukan dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, seramai lebih 200 peserta menyertai program itu dan turut berkayuh sejauh lebih 25 kilometer ke Menara Kinabalu sebelum balik semua ke Pantai Tanjung Aru 2.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular