HomeUtamaMangsa Banjir Beluran: Warga Emas Lemas Cuba Menyeberang Sungai

Mangsa Banjir Beluran: Warga Emas Lemas Cuba Menyeberang Sungai

Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai dalam satu kejadian di sungai Liningkung Telupid dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supritendan Kasim Muda
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda mengesahkan kejadian, katanya pihak polis menerima laporan mangsa berusia 60 tahun, seorang petani cuba menyeberangi sungai pada jam 9.00 pagi Ahad menuju ke sebuah rumah yang hampir ditenggelami air namun penduduk kampung telah menemui mangsa tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 2.00 petang tadi.

Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.

“Mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Telupid dan telah disahkan meninggal dunia, ” kata Kasim dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kasim berkata, keadaan hujan yang berterusan dan jangkaan air pasang besar dipercayai boleh memburukkan lagi keadaan.

“Setakat pukul 8.00 malam hari ini sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) diaktifkan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Dewan Kg Binsulong, Dewan Kg Balaban, Dewan Kg Bakong-bakong, Dewan Rancangan Nangoh dan Dewan Kg Bauto yang menempatkan 137 mangsa daripada 31 keluarga.

“Kawasan yang terjejas semakin bertambah terutama di kawasan-kawasan Tagas-tagas, Pamol, Paitan, Sugut dan Telupid mendapati paras air sungai di kawasan ini dilaporkan semakin meningkat.

“Begitu juga dengan beberapa laluan utama turut dilaporkan telah dinaiki air iaitu Jalan Utama Pinangkau, Jalan Utama Kg Sokoon dan Jalan Utama Estate Meridian Kg Tangkarason namun masih boleh di lalui. Sebuah jalan tidak dapat di lalui iaitu Jalan Utama Batangon Darat akibat air melimpah diatas jalan,” jelasnya.

Kasim turut menyatakan, seramai 192 orang petugas terdiri daripada perbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM),, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Pejabat Daerah Beluran, Telupid dan Paitan.

Katanya, kesemua agensi tersebut dalam keadaan siap siaga dengan kelengkapan fasiliti masing-masing untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Selain itu menasihatkan agar semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan memaklumkan sebarang perkembangan banjir ataupun sebarang masalah berkait dengan banjir kepada Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di tiga lokasi Beluran, Telupid dan Paitan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya