HomeUtamaKoordinasi Baik Jabatan,Agensi Kerajaan Mampu Tangani Situasi Banjir

Koordinasi Baik Jabatan,Agensi Kerajaan Mampu Tangani Situasi Banjir

Read Time:1 Minute, 11 Second

PAITAN : Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatkan koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan dalam menangani situasi banjir di beberapa kawasan di parlimen ini sebagai yang terbaik dan tersusun.

Katanya, ia termasuklah dalam menguruskan aset-aset keperluan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk terjejas banjir sejak Sabtu lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kerana wujudnya kerjasama dan koordinasi yang baik antara jabatan dan agensi kerajaan menerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dalam menangani situasi banjir di beberapa kawasan di Beluran.

“Ia termasuklah dalam pengurusan aset-aset yang diperlukan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Simpangan disini hari ini.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, penyediaan makanan bermasak kepada mangsa terjejas banjir di beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diselaraskan dengan baik.

“Ini merupakan satu koordinasi yang baik berdasarkan pengalaman dalam menangani bencana yang setiap tahun berlaku di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, lebih 5,000 bakul makanan telah disumbangkan kepada penduduk terjejas banjir membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Beluran.

“Pejabat saya (Parlimen Beluran) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk telah menyerahkan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir dan akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

“Proses agihan bakul makanan juga kini sedang dilaksanakan oleh kakitan pejabat parlimen dan pejabat DUN Labuk,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya