HomeUtamaLaluan Kreatif Bakal Tarikan Pelancongan Di Bandar Sandakan

Laluan Kreatif Bakal Tarikan Pelancongan Di Bandar Sandakan

Read Time:53 Second

SANDAKAN : Laluan Kreatif yang berkonsep ‘Bringing Memories Back’ bakal menjadi tarikan baharu pelancongan di daerah ini.

Ia merupakan ilham Kementerian Pelancongan, Kebudayaaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dalam usaha mengindahkan kawasan bangunan lama bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk merakam gambar.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, projek laluan membabitkan peruntukan kos sebanyak RM200,000 itu turut memaparkan hasil seni kreatif anak tempatan

“Laluan kreatif itu dapat mengembalikan memori pasar lama Sandakan yang menjadi pusat aktiviti perniagaan masyarakat Sandakan suatu ketika dahulu.

“Pasar lama tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Sandakan Harbour Square dan digantikan dengan pasar lebih moden seperti yang ada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek berkenaan disini semalam.

Jafry berkata, rupa bangunan lama yang sebelumnya pudar, kini berubah menjadi panorama yang memberikan pesona berbeza.

Katanya, projek lukisan mural juga telah dirancang dan kini dalam proses pelaksanaan bagi mencantikkan lagi laluan kreatif itu.

“KePKAS yakin ia bukan saja memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga bakal menjadi tumpuan pelancong berswafoto sekaligus membantu mempromosi daerah Sandakan khususnya di media sosial,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya