Kerajaan Hargai Sumbangan, Pengorbanan RELA

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai sebuah pasukan keselamatan yang membantu menjaga keselamatan negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, tanpa pengorbanan anggota keselamatan sudah tentu rakyat khususnya di negeri ini tidak dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan dengan sebaiknya.

“Pengorbanan pasukan keselamatan sebagai anggota barisan hadapan (frontliners) dalam menjaga keselamatan awam sentiasa dihargai.

“Tanpa mereka, sudah tentu kita tidak dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang kita kecapi kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah RELA Malaysia KPjR Yahya Sulaiman dan Pengarah RELA Negeri Sabah, TPjR Mohammad Pauzi Jhumat, di pejabat beliau disini hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua pihak di samping bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Jahid berharap pertubuhan itu akan terus sukses, meningkatkan azam dan iltizam bersama anggota keselamatan lain bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di Sabah.

Kedua-dua pemimpin RELA tersebut turut mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada Jahid yang baharu balik menunaikan umrah di Mekah.

Sebelum ini, Jahid juga telah membuat kunjungan rasmi ke pejabat Yahya di Ibu Pejabat RELA, Putrajaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *