HomeIsu tempatanAmalan 'Mitatabang' Pupuk Semangat Perpaduan Dikalangan Penduduk

Amalan ‘Mitatabang’ Pupuk Semangat Perpaduan Dikalangan Penduduk

Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Membuat kerja secara bergotong royong atau ‘Mitatabang’ dalam bahasa Dusun yang diamalkan masyarakat desa di daerah ini,  memang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat  dan menjimatkan kos serta masa, malah mampu memupuk semangat perpaduan dan hidup harmoni yang sedia terjalin dikalangan penduduk setempat.

Demikian yang diamalkan sudah sekian lama penduduk Kg Nawanon terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau mengadakan gotong royong ‘mengatam’ atau menuai padi di sawah mereka setiap tahun yang masih kekal secara tradisional.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Nawanon, Jemisi Sabal berkata, program ‘Mitatabang’ yang diadakan di kampung itu pagi kelmarin (6 Jan) adalah satu program tahunan yang mereka amalkan oleh masyarakat di kampung berkenaan sebelum pandemik COVID-19 melanda ianya terhenti pada tahun lalu.

“Pada tahun ini, kami penduduk di sini sangat gembira kerana amalan mitatabang ini dapat diadakan secara bersama-sama, malah ianya menyeronokan walaupun hasil tuaian ketika ini kurang menguntungkan.

“Tahun ini hasil tuaian kami agak menurun disebabkan cuaca tidak menentu yang menyebabkan pokok padi banyak yang rebah dan kurang berisi”, jelas Jemisi.

Menurut Jamisi, bukan setakat kerja menuai padi sahaja gotong-royong menuai padi itu sahaja mereka amalkan tetapi dalam aspek kerja lain seperti menebas membersihkan kawasan sawah  tanaman padi, kebun buah-buahan, kebun getah dan kelapa sawit juga mereka laksanakan bersama-sama.

“Saya berasa bangga kerana penduduk di sini masih mengutamakan perpaduan dan semangat persaudaraan serta hidup harmoni berbanding segelintir masyarakat di tempat lain yang mementingkan diri sendiri, agama dan perbezaan politik”, tambah Jemisi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular