HomeUtamaSPN Bersatu Sabah Bantu Penduduk Terjejas Banjir

SPN Bersatu Sabah Bantu Penduduk Terjejas Banjir

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU:  Skuad Prihatin Negara (SPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menggerakkan anggota ke beberapa buah kampung bagi membantu membersihkan rumah mangsa bencana banjir di daerah ini.

Operasi membersihkan rumah mangsa terjejas banjir itu turut disertai Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Malaysia Ceasar Mendela Malakun bersama Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda.

Selain menyerahkan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana banjir, SPN Bersatu Sabah turut mengagihkan peralatan jet air untuk digunakan bagi membersih kawasan gereja dan kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Morion, Kampung Batiton Kota Marudu, Gereja Katalik St Mary di Kampung Morion.

Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu berkata, penubuhan SPN adalah bagi menyokong dan merealisasikan keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu serta permasalahan rakyat.

“Skuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

“Menyedari akan keperluan semasa negara yang berdepan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri ini, kita mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Redonah berkata, usaha itu merupakan gerakan berterusan daripada Srikandi Bersatu Sabah dan ARMADA Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita akan sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita juga ingin berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa rakyat ditimpa kesusahan akibat musibah seperti banjir yang melanda di negara” katanya.

Hadir sama Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah Anna Bell Perian, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah Aziah Atoh dan Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi Bersatu Sabah Salmi Sarinoh.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Bursa Ditutup Tinggi Pada Sesi Pagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular