HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Turun Dibawah Paras Angka 200

COVID-19 : Jangkitan Turun Dibawah Paras Angka 200

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali menurun dibawah paras angka 200 kes iaitu sebanyak 199 kes menurun sebanyak 43 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes baharu di daerah Kota Kinabalu naik lebih dua kali ganda hari ini.

“Bagi Kota Kinabalu, ia naik daripada 25 kes semalam kepada 60 kes hari ini. Tetapi adalah diperhatikan kecuali satu kes, 59 kes yang lain merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih.

“Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dikalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19 di Sabah hanya merekodkan empat kes baharu hari ini berbanding 20 kes semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes.

Katanya, seramai 195 atau 98 peratus daripada 199 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Pesakit-pesakit Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan.

“Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular