HomeUtamaCOVID-19 : Keputusan Ujian Isteri Kes Omicron Pertama Di Sabah Belum Selesai

COVID-19 : Keputusan Ujian Isteri Kes Omicron Pertama Di Sabah Belum Selesai

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Keputusan ‘Whole Genome Sequencing’ isteri kepada seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 varian Omicron di Tawau 4 Januari lalu masih belum selesai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, keputusan ujian itu akan mengambil masa yang lama sebelum diketahui varian berkaitan.

“Pihak kita telah mengambil sampel darah isteri kepada seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 varian Omicron bagi membuat ujian ‘Genome’.

“Untuk ujian ‘Genome’ ini ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga atau empat minggu namun kedua-dua mereka sudah habis kuarantin dan sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Derma Darah dan Karnival Kesihatan 2022 disini hari ini.

Sebelum ini, satu kes import varian Omicron telah di laporkan pada 4 Januari 2022 di daerah Tawau, iaitu merupakan kes pertama yang dikesan di Sabah.

Kes itu merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang telah menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 9 Disember hingga 18 Disember 2021 dan mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember 2021 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lelaki bersama isterinya tiba di Tawau pada 20 Disember 2021 dan sebaik  tiba di Tawau, mereka diarah menjalani kuarantin di rumah mereka.

Keputusan ujian ‘whole genome sequencing’ pada 4 Januari 2022  menunjukkan lelaki berkenaan positif varian Omicron.

Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember 2021.

Keputusan ‘whole genome sequencing’ untuk isterinya masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya