Studio Maya JPKN Mampu Jimat Kos Penyewaan,Perkhidmatan Penggambaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Pengwujudan studio maya Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Sabah yang tersedia berikutan perubahan norma perkhidmatan selepas penularan wabak COVID-19 dilihat teapat pada masanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, studio maya yang diwujudkan JPKN itu dilihat mampu menjimatkan kos penyewaan tempat dan perkhidmatan penggambaran.

Katanya, ianya juga adalah peneraju utama dalam melaksanakan rakaman video korporat, webinar dan lintas langsung secara maya menggunakan teknologi layar hijau yang berkualiti kepada Agensi Kerajaan Negeri Sabah.

“Seiring dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mewujudkan kerajaan digital, JPKN telah menjadi jentera penggerak kepada aspirasi ini.

“Ia termasuk dengan memberikan perkhidmatan pembekalan komputer kepada pegawai– pegawai yang bekerja dari rumah, membangunkan sistem bayaran bantuan covid dan sistem–sistem lain bagi melancarkan dan memudahkan urusan perkhidmatan awam.

“Selain itu ia JPKN juga memberikan bantuan teknikal bagi webinar, lintas langsung dan lain–lain perkhidmatan ICT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga JPKN disini semalam.

Yakub berkta, beliau turut merakamkan penghargaan keada semua kakitangan JPKN yang telah menjalankan tanggungjawab dan memenuhi amanah yang diberikan, walaupun berhadapan dengan persekitaran yang penuh dengan dugaan dan cabaran pada masa kini. 

“Penularan pandemik COVID-19, sejak penghujung tahun 2019, telah merubah corak dan pola kehidupan manusia sejagat, termasuklah perubahan norma perkhidmatan, terutamanya dengan pengenalan pelbagai SOP atau Prosedur Operasi Standard, yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Ianya juga telah mencetus satu era baharu dan mengubah sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. 

“JPKN memainkan peranan yang penting bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran perkhidmatan awam dalam norma baharu ini,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *