HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Kurang Satu Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Kurang Satu Kes

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Hanya satu kes jangkitan COVID-19 berkurangan pada hari ini berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 198 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan 15 kes berbanding jumlah semalam.

“Walaubagaimanapun Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang merekodkan bilangan kes baharu tertinggi di Sabah dengan 45 kes.

“Ranau yang hanya merekodkan empat kes semalam melonjak semula dengan 22 kes baharu, peningkatan 18 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Papar juga menambah 13 kes kepada 21 kes berbanding jumlah sebelumnya.

Katanya, terdapat enam daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu sementara 15 lagi daerah mencatat kes baharu pada satu angka sahaja.

“Seramai 195 daripada 198 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan 5, dan seorang pesakit dalam Kategori 4.

“Kes yang melibatkan dua pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya