Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan (tiga dari kanan) menyampaikan kunci rumah kepada penerima PPRT Jumaani Madin di Kg Tebobon.

Impian Miliki Rumah Sendiri Tercapai, Hadiah Tahun Baharu 2022 – Jumaani

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ingin memiliki rumah sendiri sejak sekian lama adalah impian Jumaani Madin yang akhirnya tercapai apabila rumah yang dipohonnya di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tebobon siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu.

Jumaani yang juga antara penerima PPRT berkata, ini secara tidak langsung bebanan menyewa selama beberapa tahun akhirnya selesai apabila mendapat sebuah rumah yang sangat selesa.

Katanya, ini juga merupakan hadiah tahun baharu 2022 kepada keluarganya berikutan selama ini terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menyewa rumah sebagai tempat berlindung kepada mereka sekeluarga.

Penerima PPRT Jumaani Madin bsrsama keluarga di beranda rumah baharu mereka.
GEMBIRA…Penerima PPRT Jumaani Madin bersama keluarga di beranda rumah baharu mereka.
Rumah di bawah program PPRT milik penerima Jumaani Madin.
Rumah di bawah program PPRT milik penerima Jumaani Madin di Kg Tebobon.

“Rasa bebanan menyewa selama ini hilang. Selepas ini boleh fokus kepada keperluan keluarga terutama menjelang musim persekolahan anak-anak awal minggu depan.

“Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada semua yang membantu terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan,” katanya.

Jumaani berkata, perasaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Kampung serta pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bertungkus lumus memastikan mereka sekeluarga dapat menikmati rumah yang sangat selesa ini.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, pihaknya merancang untuk membantu mengenalpasti penerima PPRT ini dapat dibantu dalam tempoh terdekat.

“Ini adalah merupakan sasaran utama kita DUN Karambunai untuk membolehkan lebih ramai mereka yang layak mendapat rumah yang selesa untuk jangka masa panjang.

“Fokus kita adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan termiskin yang masih belum mempunyai kediaman. Selain itu kita, juga mengambil kira mereka yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka.

Yakub berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar selepas ini ramai mendapat manfaat PPRT di masa akan datang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *