HomeUtamaLMS Perkukuh Keselamatan Perairan Sabah

LMS Perkukuh Keselamatan Perairan Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

PUTATAN: Perairan negeri Sabah akan terus diperkukuhkan menerusi penerimaan sebuah lagi kapal misi pesisir (LMS) yang dikenali sebagai Rencong dan bakal ditauliahkan 28 Januari ini.

Kapal yang baru tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu pada 28 Disember tahun lalu itu telah diserahkan secara fizikal pada 18 Disember 2021 di Qidong China.

LMS Rencong itu merupakan tambahan kepada tiga LMS yang terima Pangkalan TLDM Kota Kinabalu selepas Kapal Diraja (KD) Keris, KD Sundang dan KD Badik yang ditauliahkan pada antara 6 Januari 2020 hingga 22 Oktober tahun lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebaik ditauliahkan, Rencong bakal dikenali sebagai KD Rencong seterusnya akan menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Katanya, misi utama skuadron kapal ini adalah bagi menangkis ancaman asimetri, pengawasan kawasan operasi, rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), tugas-tugas sokongan kepada Military Operation Other Than War (MOOTW) serta sebagai platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik mahupun perang.

“Keberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini cukup bermakna bagi TLDM kerana ia bukan sahaja menandakan kesemua LMS telah selesai diterima TLDM dalam tempoh yang ditetapkan.

“Malah perkara yang lebih penting, TLDM kini boleh melaksanakan sepenuhnya perancangan menerusi LMS ini khususnya di bawah Program Transformasi 15 to 5 bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Lawatan Kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Hishammuddin berkata, menerusi keupayaan LMS itu juga TLDM akan memanfaatkan dengan sebaik mungkin demi mengukuhkan lagi tajap keselamatan di kawasan perairan Sabah.

Katanya, ia termasuklah melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan laut serta menangani aktiviti lanun.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya