HomeUtamaDua Individu Seludup Barang Dari Negara Jiran Ditahan

Dua Individu Seludup Barang Dari Negara Jiran Ditahan

Read Time:1 Minute, 26 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo tempatan bersama muatan pelbagai barangan yang disyaki diseludup dari negara jiran di perairan Batu Tiga,Tawau sekitar jam 4.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot kargo tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau.

Katanya, bot kargo berkenaan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Cegah PATI Selatan di perairan Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot kargo tersebut dikendalikan tekong warga tempatan berusia 32 tahun bersama seorang penumpang wanita tempatan berusia 35 tahun.

“Penggeledahan ke atas bot kargo tersebut telah menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran antaranya 1,171 helai kain batik buatan Indonesia dan 500 helai kain pelikat Gajah Duduk

“Turut ditemukan 1,445 helai pakaian wanita, 2,125 ketul gula merah, 2688 botol losyen badan jenama Bengkoang serta 24 tong gas LPG kosong,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, kesemua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara Indonesia dan tekong juga telah gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawa.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bersama bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk sisatan lanjut.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM141 ribu dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis TVET Sabah dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular