HomeUtamaESSCOM Akan Terus Diperkukuh - Hishammuddin

ESSCOM Akan Terus Diperkukuh – Hishammuddin

Read Time:1 Minute, 15 Second

TAWAU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan terus diperkukuhkan dan diperkasa meskipun tiada rekod penculikan baharu di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun lalu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak ESSCOM telah memaklumkan secara relatifnya bahawa ESSZONE adalah selamat dan terkawal.

Namun begitu katanya, itu tidak bermakna ESSCOM akan mengendurkan pelaksanaan operasinya.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan, penting untuk saya maklumkan bahawa operasi keselamatan melalui ESSCOM khususnya sepanjang tahun lalu berjalan lancar dan berkeupayaan dalam menangani ancaman-ancaman yang menjadi perhatian ESSCOM.

“Ia termasuklah kidnap for ransom (KFR), rompakan laut, penyeludupan, kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta militan dan pengganas.  Secara asasnya operasi keselamatan di bawah ESSCOM terbahagi kepada lima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) Tawau disini hari ini.

Hishammuddin berkata, antara operasi yang dilaksanakan adalah operasi (Op) Gasak; Op Bersepadu; Op Benteng atau Op Cegah PATI; Road Check Point (RCP) dan Penguatkuasaan Zon Perintah Berkurung.

Katanya, melalui operasi-operasi berkenaan, ESSCOM dengan kerjasama erat terutama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah berjaya menyelesaikan pelbagai kes-kes yang berlaku sepanjang tahun lalu.

“Antaranya merampas dadah bernilai RM3.34 juta; merampas rokok seludup dan barangan terkawal bernilai RM1.38 juta dan menangkap 154 orang PATI bersama 393 buah bot.

“Selain itu, pihak ESSCOM bersama agensi berkaitan juga telah berjaya mengusir 1,407 orang PATI bersama 119 buah bot dan memeriksa 30,666 buah bot,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya