HomeUtamaKeselamatan Murid,Pelajar Di Sabah Sentiasa Diutamakan

Keselamatan Murid,Pelajar Di Sabah Sentiasa Diutamakan

Read Time:1 Minute, 0 Second

MEMBAKUT : Kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya bagi membantu murid-murid di sebuah sekolah di Pitas yang menaiki bot untuk ke sekolah dan bersesak selain tidak memakai jaket keselamatan seperti yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Daerah Pitas untuk tindakan selanjutnya.

“Pertamanya saya akan melihat perkara ini dan meminta PPD Daerah dan Pejabat Daerah untuk mendapatkan maklumat terperinci. 

“Saya akan dapatkan maklumat daripada mereka untuk kita mencari jalan bagaimana tindakan serta langkah kita membantu membantu anak-anak kita yang sepatutnya berada dalam keselesaan untuk mengikuti pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra dan menyampaikan buah limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar Pekan Membakut disini hari ini.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya akan mempertimbangkan selain mencari jalan untuk membantu murid-murid terlibat khususnya melibatkan aspek keselamatan.

Beberapa hari lalu tular di media sosial murid-murid dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Pitas menaiki sebuah bot tanpa menggunakan jaket keselamatan selain turut bersesak di bot berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya