HomePolitikPeter Anthony lancar parti baharu 28 Januari

Peter Anthony lancar parti baharu 28 Januari

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony akan melancarkan parti baharunya secara rasmi pada 28 Januari ini.

Beliau berkata, parti berkenaan sudah pun didaftarkan dan hanya tunggu masa untuk pelancaran.

“Majlis pelancaran itu nanti akan dibuat di Tenom

“Mungkin ramai yang fikir, parti baharu ini tidak akan diluluskan (Pendaftar Pertubuhan) namun, ia sudah pun didaftarkan,” katanya dalam sidang akhbar seperti yang dilaporkan Portal utusan hari ini.

Peter yang turut menolak dakwaan pihak tertentu bahawa kewujudan parti itu akan memecahbelahkan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, hasrat menubuhkan parti baharu berasaskan KDM itu sudah dimaklumkan kepada parti komponen lain dalam kerajaan seperti Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Menurut beliau, siri jelajah parti baharu itu akan dilakukan untuk memperkenalkan parti tersebut kepada orang ramai.

“Parti ini diharap boleh memainkan peranan bagi menyatupadukan rakyat dengan menawarkan platform politik alternatif tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau juga menepis dakwaan yang menyatakan keputusannya keluar parti disebabkan tekanan daripada kes mahkamah yang sedang berjalan.

Peter mengumumkan keluar daripada Warisan pada 28  Disember lalu dan berhasrat menubuhkan parti baharu yang mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini Mahkamah Sekyen memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (ME) di universiti itu pada 2014.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter, 50, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Ketua-ketua penerangan peringkat bahagian, jelaskan kejayaan inisiatif kerajaan yang dicapai kepada...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular