HomeUtamaMRS Diisytihar Sebagai Badan Pelesenan Muzik Di Sabah

MRS Diisytihar Sebagai Badan Pelesenan Muzik Di Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Sabah secara rasmi mempunyai sebuah badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan bagi menjalankan aktiviti kutipan royalti berkaitan industri hiburan di negeri ini khususnya yang melibatkan etnik tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengisytiharan Music Rights Sabah (MRS) Berhad itu akan mewakili penyanyi dan pemuzik dalam rakaman lagu untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti.

Katanya, ia termasuklah pembikin video muzik dan syarikat rakaman tempatan  yang melibatkan etnik tempatan di Sabah.

“MRS merupakan badan pelesenan ketujuh yang diisytihar oleh Pengawal Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti muzik dan mengeluarkan lesen penggunaan muzik di khalayak umum khususnya di Sabah.

“Sabah dan Sarawak hampir dua tahun memohon dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), permohonan mengambil masa yang panjang kerana prosedur-prosedur perlu diteliti dengan baik.

“Apabila sudah mendapat sijil kelulusan ini, saya harap mereka dapat menggunakan sepenuhnya.  Sebelum ini mereka berada di peringkat nasional tetapi mereka inginkan ada badan sendiri untuk muzik etnik, jadi kita beri peluang walaupun ada pihak yang tidak bersetuju diperingkat awal,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Exco Kepenggunaan Sabah, media dan NGO kepenggunaan di sini malam ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Alexander berkata, penubuhan dan pengiktiran MRS sebagai badan peselenan antara lain akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dalam menguruskan hak royalti mereka di samping menjaga kebajikan mereka dalam industri muzik.

Katanya, antara ahli yang bernaung bawah badan ini ialah pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dalam rakaman lagu, pembikin video muzik dan syarikat rakaman.

Enam yang lain sebelum ini ialah Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP), Public Performance Berhad (PPM). Recording Performers Berhad (RPM), MPLC Sdn. Bhd., Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) dan Music Right (Sarawak) Berhad.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya