HomeUtamaKerajaan Sabah Sokong Pembukaan Semula VTL Malaysia - Singapura

Kerajaan Sabah Sokong Pembukaan Semula VTL Malaysia – Singapura

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman kerajaan Persekutuan yang membuka semula inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura bermula semalam selepas digantung sementara sejak 23 Disember lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pembukaan semula VTL itu akan dapat menggerakkan semula industri pelancongan meskipun kouta tiket bas dan penerbangan dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

“Bagi negeri Sabah, saya juga mempunyai perancangan dalam perkara ini dan saya akan memohon kepada Kabinet Sabah untuk menggunakan inisiatif VTL dimana pelancong Singapura dapat terbang terus ke Kota Kinabalu.

“Sekurang-kurangnya, inisiatif ini akan dapat mengorak langkah untuk membangunkan semua industri pelancongan di negeri ini selain menarik pelancong luar datang ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan agensi dibawahnya disini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Jafry berkata, ia amat penting bagi meningkatkan lagi industry pelancongan Sabah selepas hampir dua tahun terjejas teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 sebelum ini.

Katanya, pihaknya sebelum ini juga turut menerima permintaan yang banyak daripada negara asing khususnya Singapura, China dan sebagainya untuk datang melancong ke negeri ini.

“Negara-negara Eropah juga turut meminta untuk diberi kebenaran datang ke Sabah tetapi disebabkan terbatas dengan PKP dan arahan yang ditetapkan kerajaan membuatkan para pelancong belum dibenarkan datang ke negeri ini.

“Walaubagaimanapun, saya akan cuba mengusahakan untuk membentangkan atau memohon kebenaran dari Kabinet Negeri Sabah agar kita dapat menggunapakai inisiatif melalui VTL seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan

“Jika ini mampu kita laksanakan, saya yakin dan percaya pelancong akan bertambah dan sekaligus akan memastikan industri pelancongan di Sabah terus berkembang dengan baik,” katanya.

Jafry berkata, pihaknya menaruh keyakinan untuk membantu meningkatkan industri pelancongan di Sabah namun ia bergantung kepada keputusan Kabinet Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif  VTL antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lalu dibuka semula berkuat semalam.

Katanya, kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya