Datuk Ir. Shahelmey (dua dari kiri) menyerahkan bantuan katil boleh laras kepada salah seorang penerima di bawah program ‘Homeward’ di Putatan kelmarin.

Kerajaan Negeri Komited Bantu Rakyat Menerusi Inisiatif ‘Merakyatkan Perkhidmatan’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

PUTATAN: Kerajaan Negeri terus komited dalam menyantuni rakyat jelata menerusi pelbagai inisiatif ‘merakyatkan perkhidmatan’ kepada masyarakat umum.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini termasuklah program ‘Homeward’ yang merupakan salah satu program di bawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Individu yang memerlukan rawatan dari rumah, kita akan meminjamkan katil boleh laras dan beberapa keperluan lain mengikut keperluan mereka.

“Perkhidmatan pakar fisio dan jururawat di rumah dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah juga disediakan mengikut keperluan pesakit menurut nasihat pakar perubatan.

“Program Homeward ini merupakan salah satu daripada program Sabah Maju Jaya yang membuktikan bahawa kerajaan Negeri Sabah prihatin kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu pemberita selepas menyerahkan bantuan katil boleh laras kepada salah seorang penerima di bawah program ‘Homeward’ di Putatan kelmarin.

Shahelmey menasihatkan orang ramai yang layak mendapatkan perkhidmatan program ‘Homeward’ ini untuk menghubungi pegawai kebajikan daerah masing-masing bagi tujuan pendaftaran.

“Kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan program ‘homeward’ boleh menghubungi pegawai Kebajikan daerah masing-masing.

“Kita akan membuat tindakan susulan bagi tujuan keselesaan kumpulan sasar,” Katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *