HomeIsu tempatanJPKK,JKDB Perlu Jadi Agen Pembangunan,Perpaduan & Kesatuan Dikalangan Masyarakat

JPKK,JKDB Perlu Jadi Agen Pembangunan,Perpaduan & Kesatuan Dikalangan Masyarakat

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi agen kepada pembangunan di kawasang masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, JPKK dan JKDB juga perlu memastikan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat juga perlu sentiasa terjaga.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, saya berharap mereka (JPKK dan JKDB) akan menjadi agen kepada pembangunan, perpaduan dan kesatuan dikalangan masyarakat.

“Ini penting bagi mencapai visi dan misi yang saya harapkan iaitu untuk membangun Membakut dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat bersama JPKK dan JKDB bagi kawasan DUN Membakut disini semalam.

Pada program itu, sebanyak 36 buah kampung terlibat yang diwakili Pengerusi dan Setiausaha JPKK serta JKDB kampung masing-masing.

Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah berkata, semua JPKK dan JKDB diberi taklimat berhubung peranan agensi dan jabatan kerajaan yang mempunyai hubungkait dengan tugas mereka.

“Pada hari ini (semalam) kita mengundang JPKK dan JKDB kesini untuk mendapatkan taklimat berhubung dengan jabatan dan kementerian yang sangat dekat dengan mereka.

“Antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB); Ko-Nelayan; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Jabatan Veterinar; Jabatan Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (JKR).  Ini semua amat dekat dengan kerja-kerja mereka di kawasan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata, menerusi taklimat itu, para JPKK dan JKDB akan dapat menyampaikan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Ariffin turut menyampaikan geran tahunan kepada semua JPKK dan JKDB DUN Membakut bagi melaksanakan projek kecil untuk masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kita turut memberi anugerah JPKK terbaik pada tahun ini untuk memberikan motivasi kepada mereka untuk terus memajukan JPKK dan kampung masing-masing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya