HomePolitikKuasai Media Sosial, Bantu Jelas Tujuan & Dasar Kerajaan

Kuasai Media Sosial, Bantu Jelas Tujuan & Dasar Kerajaan

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah perlu menguasai aplikasi media sosial bagi membantu menjelaskan tujuan dan dasar perjuangan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan BERSATU Sabah Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata, menerusi media sosial, ianya akan lebih mudah dan diyakini untuk rakyat memahami tujuan dan dasar perjuangan PN dan GRS.

Katanya, pandemik COVID-19 yang melanda negara juga akan membataskan untuk berhimpun, bermesyuarat dan berdiskusi seperti sebelum ini.

“Ini adalah antara cabaran yang perlu kita hadapi dan perlu menari solusi untuk mengatasinya.  Justeru, media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, WeChat akan mengambil alih peranan kempen mahupun penerangan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dalam norma baharu ini.

“Oleh itu, saya mengharapkan Ketua-ketua Penerangan bahagian seluruh Sabah perlu mengambil peranan masing-masing dalam dunia media sosial.

“Bukan hanya untuk memberi penerangan dalam mempertahankan kerajaan Malaysia, malah kita juga perlu mempertahankan kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siri jelajah Zon 3 Bahagian BERSATU Beaufort dan Sipitang disini semalam.

Jelajah itu turut dihadiri Bendahari BERSATU Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Ketua Bahagian BERSATU Beaufort Datuk Isnin Aliasnih dan Ketua Bahagian BERSATU Sipitang Datuk Matbali Musah.

Firdaus berkata, pada masa ini ahli-ahli BERSATU juga perlu terus menyampaikan maklumat terbaik agar dapat dilihat sebagai sebuah parti yang dapat memberi khidmat kepada rakyat diakat umbi.

“Biro Penerangan BERSATU Sabah perlu berganding bahu dengan Penerangan Srikandi dan Armada Bersatu Sabah. Ketua-ketua Penerangan bahagian haruslah berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar parti sekaligus meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti dan pemerintahan semasa iaitu kerajaan GRS,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi menambah Ketua Penerangan perlu bersikap proaktif dalam media sosial kerana sejarah telah membuktikan bahawa kuasa media sosial amat berpengaruh dalam menentukan tahap sokongan rakyat.

“Dalam sekelip mata sesebuah kerajaan boleh runtuh hanya disebabkan kegagalan kita dalam menangkis dakyah-dakyah pembangkang di media sosial.

“PRU-15 akan datang pastinya medan tempur yang paling sengit bagi kita. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling besar dalam memastikan kemenangan kepada PN,” katanya.

RELATED ARTICLES
Politik

PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular