Penduduk Mahu LPPB Cari Jalan Penyelesaian, Sedia Penempatan Baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Penduduk Rumah Pangsa Tanjung Aru disini mahu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mencari jalan penyelesaian bagi menyediakan tempat tinggal baru selepas mereka diberi notis pindah pada Mei tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Tanjung Aru Dewi Yana Awang berkata, sehinga kini penduduk terbabit masih belum menerima sebarang maklumat lanjut bagi lokasi penempatan baharu penduduk.

“Penghuni sebulat suara bersetuju untuk berpindah tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Kami mahu pihak LPPB memindahkan kami (penduduk) ke sebuah penempatan yang sesuai, selamat selain dekat dengan prasarana termasuk kemudahan.

“Kami tahu Rumah Pangsa Tanjung Aru ini adalah milik LPPB dan mereka mempunyai kuasa untuk meminta penduduk berpindah atas faktor keselamatan memandangkan infrastruktur bangunan perumahan ini telah mengalami banyak kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai satu demonstrasi aman di sini semalam.

Demonstarasi aman itu disertai lebih 300 penduduk bagi meminta pihak LPPB mengadakan dialog bersama penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru bagi menjelaskan nasib lebih 1,000 penghuni kalangan rakyat tempatan yang tinggal di kawasan perumahan ini.

Dewi berkata, demonstarasi yang dianjurkan itu bertepatan dengan acara LPPB yang menyaksikan penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru berpindah keluar dan turut dihadiri Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPPB yang diadakan semalam.

“Hari ini, mereka tidak dapat elak dari penghuni. Kami (Jawatakuasa Bertindak) dan penghuni sudah penat menunggu kehadiran pegawai atau kakitangan LPPB datang bertemu dengan kami dan penduduk bagi berdialog menyelesaikan permasalahan ini.

“Sejak notis itu dilekat pada bulan Mei tahun lalu, mereka (LPPB) terus berdiam dan tidak pernah muncul untuk berdailog bersama penghuni di sini.

“Kami hanya mahu pihak LPPB mendengar keluhan hati para penghuni dan memberikan sedikit rasa ehsan kepada penghuni yang rata-ratanya dalam kalangan B40,” katanya.

Dalam pada itu, Dewi turut memohon jasa baik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Sabah untuk membela nasib para penghuni di Rumah Pangsa Tanjung Aru ini.

“Kami bukan pendatang, kami bukan degil, kami memang sedia berpindah. Tapi berilah kami rumah dan penempatan yang sesuai, baik, punya kemudahan dan selesa,” katanya.

Untuk rekod, Rumah Pangsa Tanjung telah dibina sekitar tahun 70-an semasa era pemerintahan Kerajaan USNO.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *