HomeUtamaMUIS Dicadang Tingkat Kursus SPPM Ke Taraf Diploma

MUIS Dicadang Tingkat Kursus SPPM Ke Taraf Diploma

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diminta untuk mencari jalan bagi meningkatkan kursus Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) ke taraf diploma.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi agama khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Sehubungan itu program SPPM untuk semua ahli jawatankuasa masjid di Sabah dan juga dibuka kepada penyertaan awam ini adalah sebagai langkah awal dalam memastikan sistem amalan pengurusan masjid teratur dan sistematik. 

“Justeru itu, saya mencadangkan kepada MUIS, JHEAINS dan UMS mencari jalan untuk meningkatkan kursus ini ke taraf diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi SPPM Siri 1 dan 2 Sesi 2021/2022 disini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Him; Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Norjeli Dais.

Mohd Arifin berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang digariskan oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Katanya, JHEAINS melihat peranan masjid dalam konteks memantapkan pembangunan Insan menurut acuan Islam perlu dimurnikan selaras dengan teras utama yang kedua iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Diharap program ini menjadi antara faktor pengukuh kepada terbangunnya pengurusan masjid yang professional dan diharapkan lebih banyak program yang akan dirangka oleh pihak masjid dalam terus membangunkan modal insan.

“Saya amat yakin dan percaya institusi masjid kini bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat semata-mata tetapi juga mencakupi aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin turut meminta JHEAINS dan MUIS dengan dukungan MUIS merealisasikan usaha untuk melaksanakan kursus yang melahirkan Huffaz Profesional dengan kursus bertaraf diploma dan ijazah.

Beliau turut meminta MUIS, JHEAINS dan UMS membina modul bagi persijilan kursus untuk para muallaf yang boleh dibuat secara maya dan fizikal di tempat kuliah yang lebih selesa.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya