HomeUtamaKePKAS Sambut Baik Cadangan Buka Semula Sempadan Negara

KePKAS Sambut Baik Cadangan Buka Semula Sempadan Negara

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kementeran Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, cadangan itu termasuklah melonggarkan prosedur standard operasi (SOP) kepada pelancong asing yang dilihat berupaya merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.

“Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan akan membuka semula sempadan negara dan melonggarkan SOP terhadap pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

“Saya yakin langkah itu dibuat adalah bagi memastikan kelangsungan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi berkaitan dengan sektor pelancongan termasuk penginapan, pengangkutan, serta agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini,

Jafry berkata, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang begitu memahami keperitan yang dihadapi khususnya oleh industri pelancongan di negeri ini.

Katanya, sebagai permulaan, beliau mencadangkan agar kaedah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang kini dibenarkan diantara Malaysia dan Singapura atau melalui gelembung perjalanan (Travel Bubble) dilaksanakan di Sabah.

“Kementerian saya juga akan memastikan pelaksanaan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek utama, iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan, serta kesejahteraan rakyat.

“Segala input yang diperolehi akan diperincikan dengan sebaiknya dengan mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata, perkara itu dilihat perlu bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu yang boleh menyebabkan penutupan semula aktiviti pelancongan sekaligus menjejaskan keseluruhan rantaian yang terlibat.

Tambah beliau, pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat adalah amat penting bagi memastikan sektor pelancongan kembali bernafas serta berpeluang untuk menjalankan semula aktiviti perniagaan mereka yang telah terjejas sejak sekian lama akibat pandemik.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya