HomeUtamaCOVID-19 : Tiga Lagi Kluster Baharu Babit Institusi Pendidikan Di Sabah

COVID-19 : Tiga Lagi Kluster Baharu Babit Institusi Pendidikan Di Sabah

Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster baharu membabitkan institusi pendidikan direkodkan di Sabah hari ini masing-masing di Tuaran,Lahad Datu dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Kiulu yang diisytiharkan di Tuaran membabitkan kes indeks seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Kiulu berusia 14 tahun yang bergejala pada 17 Januari lalu.

Katanya, pelajar berkenaan kemudian menjalani ujian RT-PCR di klinik berdekatan dan didapati positif.

“Saringan Kontak Rapat kemudian dijalankan  dan mendapati seramai 14 orang lagi positif. Punca jangkitan dan perebakan masih lagi dalam siasatan namun pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuat kesimpulan awal ia berpunca dari pergaulan dalam asrama.

“Kesemua pelajar yang terlibat adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah diasingkan serta dirawat sewajarnya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi Kluster Puri Seberang Keningau membabitkan kes indeks seorang pelajar perempuan tingkatan lima SMK Keningau 1 berusia 18 tahun.

Katanya, pelajar itu mula bergejala pada 20 Januari lalu namun namun hanya memaklumkan kepada pihak sekolah pada semalam.

“Pihak sekolah kemudiannya menjalankan ujian kendiri ke atas beberapa orang pelajar lagi dan 18 pelajar didapati positif.

“Susulan insiden berkenaan, ujian pengesanan RT PCR dijalankan dan mendapati 19 pelajar positif. Kesemua pelajar tersebut adalah dalam Kategori 1 dan 2 selain telah diasing serta dirawat sewajarnya,” katanya.

Manakala satu lagi kluster di Lahad Datu, Masidi berkata, Kluster Jalan Terusan itu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Satu Asrama SMK Terusan berusia 13 tahun.

Katanya, pelajar itu mula bergejala pada 20 Januari lalu yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak sekolah pada 23 Januari lalu dan terus menjalani ujian saringan di Klinik Lahad Datu pada hari yang sama.

“Pelajar berkenaan disahkan positif melalui ujian RTK-Ag. Saringan Kontak Rapat kemudiannya dijalankan dan jumlah kumulatif positif kluster setakat ini ialah 10 orang dan kesemua yang terlibat adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah dirawat sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Sabah meneruskan trend peningkatan dengan mencatatkan sebanyak 342 kes baharu, pertambahan tujuh kes berbanding semalam.

Katanya, jangkitan baharu pada jumlah yang agak tinggi disetiap daerah agak membimbangkan dengan enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi, iaitu Kota Kinabalu 60 kes (+20), Sandakan 40 kes (+7), Kota Marudu 34 kes (-30), Beaufort 34 kes (+20), Tuaran 33 kes (-7) dan Putatan 24 kes (+16).

“Secara keseluruhan, 11 daerah mencatatkan kes baharu dua angka, 10 daerah mencatatkan kes satu angka dan enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Pada hari ini, sebanyak 38 kes atau 11.11 peratus adalah angka yang disumbangkan melalui saringan kluster. Kesemua kes tersebut datang daripada tujuh kluster aktif, dengan tiga daripadanya adalah merupakan kluster baharu,” katanya.

Katanya, sebanyak 336 daripada 342 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya