HomeUtamaPembinaan SMK Nabalu Dibawah Pusingan Ketiga RMK12

Pembinaan SMK Nabalu Dibawah Pusingan Ketiga RMK12

Read Time:1 Minute, 35 Second

TUARAN : Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu telah dimasukkan bagi pelaksanaan di bawah pusingan ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap keperluan masyarakat khususnya yang melibatkan pendidikan anak-anak.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap keperluan dan penantian penduduk terhadap pembinaan sekolah ini yang telah tertangguh lama selepas tapak asal didapati tidak selamat.

“Justeru itu, pembinaan SMK Nabalu ini telah dimasukkan untuk pelaksanaan di bawah pusingan ketiga RMK-12,” katanya selepas melawat tapak sekolah berkenaan di Kampung Giok disini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharaduddin Ghazali dan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr Mistrine Radin.

Mohamad berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia telah menilai tanah dan menentukan lokasi yang selamat selain berdaya maju untuk pembinaan dan pembangunan sekolah.

Katanya, tapak cadangan pembinaan sekolah seluas 25.08 ekar itu terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Giok di kaki Gunung Kinabalu berhampiran Pekan Nabalu.

“Sekolah itu nanti antara lain akan mempunyai 18 bilik darjah, sebuah asrama yang boleh memuatkan 200 pelajar dan 16 unit kuarters guru. Kami berharap semua perancangan yang dibentangkan termasuk untuk SMK Nabalu dapat dilaksanakan segera.

“Kita juga mengambil maklum tentang isu sekolah di luar bandar khususnya di negeri ini.  Saya berharap akan dapat melakukan lebih banyak lawatan bagi memahami situasi yang dihadapi rakyat,” katanya.

SMK Nabalu pada mulanya dibina di tapak berhampiran pada 2012 namun diarah berhenti dua tahun kemudian selepas tanah itu dianggap tidak selamat.

Sementara itu, Joniston berharap pembinaan sekolah berkenaan akan dapat disegerakan bagi menangani isu kesesakan enrolmen pelajar baharu dan mengurangkan kesesakan di sekolah berhampiran.

“Kami (pemimpin dari Kiulu dan Tuaran) sudah lama mendesak pembinaan sekolah itu. Sudah tentu, jika projek pembangunan ini berjalan, ia akan memberi perkhidmatan yang besar kepada anak-anak luar bandar yang tinggal di kampung yang jauh, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya