HomeUtamaAnggota RELA Diseru Siap Siaga Jalankan Tugas Bila-Bila Masa Diperlukan

Anggota RELA Diseru Siap Siaga Jalankan Tugas Bila-Bila Masa Diperlukan

Read Time:1 Minute, 53 Second

RANAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di negara ini diseru supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tugas dan menjadi anggota yang sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas dan bertanggungjawab menggalas  amanah pada bila-bila masa diperlukan.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, seorang anggota RELA mempunyai tanggungjawab dan harus berintegriti serta sentiasa bersikap positif terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan   dengan mempraktikkan pengalaman, pengetahuan, kepakaran serta kemahiran yang dimilikinya apabila mendepani tugas sama ada di hutan, sungai ataupun di lautan, tidak mudah patah semangat meskipun mendepani situasi getir atau kecemasan.

Para peserta kursus dan Jurulatih merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk depan tiga kiri), Awang Damit (duduk dua kiri) dan Mairy (duduk tiga kanan).
Para peserta kursus dan jurulatih merakam gambar kenangan bersama Datuk Jonathan (duduk depan tiga kiri), Awang Damit (duduk dua kiri) dan Mairy (duduk tiga kanan).

“”Justeru setiap anggota RELA perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan baharu dari masa ke semasa mengikut arus perdana negara dan keperluan semasa.

“Oleh sebab itu, anggota RELA harus mengikuti Kursus, Seminar atau apa sahaja latihan kemahiran yang perlu dikuasi sebagai seorang anggota RELA yang sentiasa peka terhadap keperluan organisasi,  masyarakat dan negara,” tegas Jonathan ketika  berucap merasmikan majlis penangguhan Kursus Asas Penyelamat, Mengendali Perahu Arus Deras dan Kursus Kepimpinan Rela daerah Ranau Siri 1/2022 di Kolam Rekreasi Bongkud terletak 15 Kilometer dari pekan di sini yang berlangsung selama seminggu dan berakhir hari ini (29 Januari).

Jonathan memuji  Jawatankuasa penganjur (RELA Daerah Ranau) kerana berjaya mengelola kursus itu dengan lancar dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini satu kejayaan pihak RELA Daerah Ranau, syabas dan tahniah pastinya kursus seperti ini telah memberi banyak  pengalaman baru dan berguna kepada  peserta.

“Saya mengharapkan kepada peserta supaya dapat mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi apabila bertugas kelak.

“Kursus yang anda ikuti hari ini, bukanlah yang terakhir sebaliknya satu permulaan dan pastinya ada lagi kursus akan menyusul dan saya sarankan agar apa juga kursus yang diadakan kelak,  hendaklah disertai demi kebaikan diri sendiri, pasukan (platun) seluruhnya”, tegas Jonathan yang turut memuji kecekapan para peserta yang menyertai  Demontrasi Mengendali Perahu Arus Deras dan Menyelamat.

Turut hadir Pegawai Operasi Rela Sabah, PPR Awang  Damit Pg Yusuf, mewakili Pengarah Rela negeri Sabah, TPjR Mohammad Pauzi Juhmat dan Pegawai Rela daerah Ranau, PPjR Mairy  Yubin.

Dalam majlis itu, seramai 30 peserta menerima Sijil Penyertaan manakala semua Jurulatih turut menerima Sijil Penghargaan masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular