HomeUtamaJangan Terlibat Dengan Kegiatan Pengeluaran Sijil Digital Vaksinasi Palsu

Jangan Terlibat Dengan Kegiatan Pengeluaran Sijil Digital Vaksinasi Palsu

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Pengamal perubatan khususnya di negeri ini diingatkan agar tidak mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan selain tidak terlibat dalam kegiatan pengeluaran sijil digital vaksinasi palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, ini berikutan terdapat laporan yang diterima mengenai pengamal perubatan di beberapa buah negeri lain yang didapati memalsukan sijil vaksinasi berkenaan sebelum dijual kepada orang ramai.

“Sehingga kini, Sabah belum ada kes melibatkan pengamal perubatan yang terlibat.  Namun ada laporan yang diterima di Melaka; Terengganu; Selangor; Pulau Pinang; Johor; Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Justeru saya harap pengamal-pengamal perubatan di Sabah tidak akan mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan, tindakan ini boleh mengakibatkan perebakan lagi wabak COVID-19 tanpa membuat suntikan vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Tamat Latihan dan Pentauliahan Sijil Pelantikan Pegawai Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Zaini Jass dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof Madya Dr Ramzah Dambul.

Sementara itu, Razarudin berkata, orang ramai dinasihatkan orang ramai untuk melaporkan kepada pihak polis sepanjang ketiadaan mereka di rumah mahupun premis perniagaan sempena sambutan tahun baru cina.

Katanya, pihak polis juga akan turut mempergiatkan lagi rondaan dikawasan kediaman serta premis perniagaan dan masa ke semasa.

“Justeru itu, kita ingin mengingatkan pemilik rumah atau premis supaya memaklumkan kepada balai polis berdekakatan sepanjang ketiadaan mereka atau mengisi maklumat di portal Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Razarudin menyampaikan sijil pelantikan SUKSIS kepada 52 pelajar UMS.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya