HomeUtamaKo-Nelayan Diyakini Mampu Terus Capai Matlamat Dirancang

Ko-Nelayan Diyakini Mampu Terus Capai Matlamat Dirancang

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri yakin Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) mampu mengorak langkah yang positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, semua pihak perlu terus bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai.

“Kemampuan Ko-Nelayan dalam mencapai salah satu objektifnya iaitu membantu memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah telah dapat dibuktikan dalam membantu menyalurkan peruntukan kepada kumpulan sasar melalui peruntukan projek pembangunan negeri.

“Sektor pertanian yang merangkumi sub-sektor tanaman, penternakan dan perikanan merupakan sektor penting di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Ko-Nelayan disini kelmarin.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pembangunan sub-sektor perikanan tertumpu kepada tiga teras utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan dan daya saing pengeluaran, mempertingkatkan jaminan bekalan makanan dan pendapatan serta kelestarian industri perikanan.

Katanya, strategi pembangunan itu adalah bagi peningkatan produktiviti melalui pemodenan sektor, pemantapan pengurusan sumber perikanan tangkapan yang mapan dan inisiatif mewujudkan zon industri akuakultur atau zia bagi pembangunan industri akuakultur di Sabah.

“Dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki, kita berkeyakinan sektor ini akan dapat diperkasakan untuk menyumbang hasil kepada negeri melalui pengeksportan hasil tempatan, meningkatkan pendapatan masyarakat nelayan dan tani serta mengurangkan kebergantungan negeri kepada import produk pertanian dan perikanan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada Ko-Nelayan yang telah mencapai 81.81 peratus daripada sasaran 18 inisiatif Ko-Nelayan dalam halatuju SMJ pada tahun 2021,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Jeffrey turut melancarkan Buku Kod Etika Korporat yang pertama di Ko- Nelayan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular