HomeIsu tempatanYNJ Serah Sumbangan Kepada 87 Ahli PVATM

YNJ Serah Sumbangan Kepada 87 Ahli PVATM

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Seramai 87 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar berkata pemberian sumbangan itu adalah bagi menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara veteran yang telah bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air. 

“Diharap sumbangan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesara-pesara ATM kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

“YNJ juga akan meneruskan sesi jelajah ke seluruh Sabah bagi terus membantu dan menyantuni pesara-pesara veteran ATM dan daerah Tawau akan menjadi lokasi seterusnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Maksak, Likas disini semalam.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Osman Mahadi, Nafsiah Madzor meluahkan rasa terharu atas keprihatinan YNJ dalam memberikan sumbangan bantuan kepada beliau dan keluarga. 

“Terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh YNJ kepada kami sekeluarga termasuklah bantuan selepas kejadian kebakaran rumah kami di Putatan pada tahun lepas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah diberikan,”katanya.

Turut hadir, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar dan Yang di-Pertua PVATM, Marshid Mohd Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya