HomeIsu tempatanJaga Kemudahan Awam Untuk Kegunaan Bersama - Jahid

Jaga Kemudahan Awam Untuk Kegunaan Bersama – Jahid

Read Time:50 Second

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik, termasuklah kerusi meja untuk kegunaan bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan segala fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama menjaga kemudahan-kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan sebanyak 150 kerusi, empat buah meja dan tambahan kelulusan dua buah khemah kepada JPKK Kampung Kauluan, disini kelmarin.

Katanya, jika dijaga dengan baik, tempoh penggunaan segala kemudahan yang ada sudah pasti lebih lama, dan memberi kebaikan kepada semua penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pentingnya kesedaran menjaga kemudahan awam ini diperkukuh, agar dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” katanya.

Sumbangan tersebut diterima oleh barisan kepimpinan JPKK Kampung Kauluan, diketuai Pengerusinya, Awang Ali H.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang, dan Ketua Kampung, KK Lisad Unoh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular