HomeUtamaKontraktor Pendawaian Dilarang Melakukan Kerja Di Pepasangan Milik SESB

Kontraktor Pendawaian Dilarang Melakukan Kerja Di Pepasangan Milik SESB

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihati kontraktor yang ingin melaksanakan kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik di pepasangan SESB untuk berwaspada dan menghubungi pejabat SESB berdekatan bagi mendapatkan kebenaran sebelum melakukan kerja-kerja sedemikian.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata kontraktor pendawaian elektrik adalah tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja di pepasangan milik SESB tanpa kebenaran pihak SESB.

Menurut beliau, pendekatan ini perlu diambil serius bagi memastikan aspek-aspek keselamatan diberikan keutamaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan diri dan kerosakan aset berlaku ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas mengenai kejadian renjatan elektrik ke atas seorang kontraktor pendawaian yang berlaku di Tawau pada Ahad lalu.

Ir. Idris berkata Pusat Pengurusan Bekalan (PBB) Tawau telah menerima aduan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk membuat penutupan bekalan elektrik dengan segera di Jalan Bunga Raya disebabkan seorang awam dipercayai pekerja kontraktor pendawaian telah terkena renjatan elektrik pada tiang elektrik Low Voltan.

“Ketika pasukan SESB tiba di lokasi mendapati seorang pekerja pendawaian berada dalam keadaan tergantung pada tiang elektrik akibat terkena renjatan elektrik dan penutupan bekalan dilakukan segera,” katanya.

Beliau menjelaskan mangsa bukan kontraktor yang dilantik oleh SESB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut tetapi kontraktor pendawaian yang dilantik oleh pemilik premis.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya