HomeSukanGreenwood disiasat lakukan serangan seksual, ancaman bunuh

Greenwood disiasat lakukan serangan seksual, ancaman bunuh

Read Time:48 Second

MANCHESTER, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Mason Greenwood terus ditahan kerana dakwaan melakukan serangan seksual dan ancaman bunuh ketika polis sekali lagi diberi lebih masa menyoal pemain berusia 20 tahun itu.

Pemain itu kali pertama ditahan pada Ahad selepas Polis Greater Manchester menyedari “imej dan video dalam talian dimuat naik seorang wanita melaporkan mengenai keganasan fizikal.”

Pegawai penyiasat diberi tambahan masa Isnin lalu untuk menyoal pemain itu yang secara formal tidak dinamakan sebagai suspek.

Pihak terbabit dalam kenyataan hari ini berkata: “Penyiasat diberikan tambahan masa untuk bercakap dengan lelaki berusia 20an yang ditahan kerana dakwaan merogol dan serangan terhadap seorang wanita.

“Suspek ditahan dalam lokap pada petang Ahad selepas kami menyedari imej dan video dalam talian dimuat naik seorang wanita melaporkan mengenai keganasan fizikal.

“Dia terus ditahan untuk siasatan selepas majistret memberi kebenaran untuk menyambung siasatan hingga esok, Rabu 2 Februari.

“Berikutan siasatan setakat ini, dia akan terus ditahan kerana dakwaan melakukan serangan seksual dan ancaman bunuh.” – AFP

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular