HomeUtamaCOVID-19 : Sikap Cuai, Tidak Peduli Keperluan Pematuhan SOP Punca Kenaikan Kes...

COVID-19 : Sikap Cuai, Tidak Peduli Keperluan Pematuhan SOP Punca Kenaikan Kes Jangkitan

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Sikap cuai dan tidak peduli terhadap keperluan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) segelintir masyarakat di negeri ini menjadi antara penyumbang kepada peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia dapat dilihat ketika berada di khalayak ramai dan semasa berkumpul bersama rakan-rakan.

Katanya, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal pada ketika ini dilihat sudah semakin longgar dan sikap cuai itu memudahkan lagi jangkitan seterusnya menambah bilangan pesakit baharu.

“Seperti yang dijangka, jumlah kes baharu di Sabah terus meningkat pada kadar yang tinggi dimana pada hari ini jumlah kes baharu ialah 1,285 kes dimana 80 kes lebih tinggi daripada semalam.

“Namun berdasarkan pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes-kes baharu yang melambung tinggi sejak seminggu ini berkemungkinan juga disebabkan oleh varian Omicrom.

“Varian ini lebih cepat merebak walaupun gejala jangkitan lebih ringan daripada varian lain. Kadar perebakan Varian B2 Omicron yang merupakan varian dominan di negara jiran Filipina adalah 1.8 lebih cepat daripada varian biasa.

“Varian yang sama juga mengakibatkan peningkatan kes yang tinggi di Singapura dan di banyak negara didunia,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, punca pertambahan kes harian yang tinggi juga disebabkan oleh beberapa faktor.

Katanya, antara yang jelas ialah virus COVID-19 sudah bertapak secara meluas dalam komuniti dan ini memudahkan kadar perebakan dan jangkitan dengan lebih cepat.

“Sebanyak 47.55 peratus jangkitan baharu hari ini berlaku secara sporadik dan hanya disedari apabila pesakit mengalami gejala jangkitan COVID-19.

“Inilah kategori pesakit yang di perolehi melalui saringan bergejala. Jumlah kategori ini lebih tinggi daripada jumlah pesakit yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks (45.37 peratus),” katanya.

Katanya, turut diperhatikan bahawa peratusan kes-kes melalui saringan bergejala adalah tinggi di kawasan perbandaran.

“Sebagai misalan, hampir 50 peratus daripada kes-kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kategori saringan bergejala,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, terdapat empat daerah mencatatkan kes tiga angka dengan Kota Kinabalu melepasi paras angka 300 iaitu 309 kes (+96), diikuti oleh Sandakan 201 kes (-29), Tuaran 150 kes (+37) dan Penampang 108 kes (-5) kes.

Katanta, sejumlah 14 daerah lain mencatatkan kes dua angka, enam daerah dengan satu angka dan cuma tiga daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baru.

“Sejumlah 1276 kes dari 1285 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan  2. Terdapat lima kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya