HomeIsu tempatan70 Kumpulan Sertai ProjeX-23

70 Kumpulan Sertai ProjeX-23

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU:   Sebanyak 70 kumpulan pelajar telah menyertai Students’ Innovation Project Exhibition and Competition (ProjeX-23) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

Kumpulan CPS04 daripada Jabatan Perdagangan yang dianggotai oleh Muhammad Zulainnor Zulkefli, Muhamad Hisyam Mad Sapi, Sitti Sofiah Liyana Afiqah Mohammat dan Emily Christy Fredoline telah memenangi Anugerah Pilihan Juri dengan projek inovasi mereka iaitu i-Vendor di bawah seliaan pensyarah, Muhammad Haziq Ismail.

Melalui tema ‘Education for Industry: Fostering Design Thinking and Problem  Solving Skills’, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Ts. Zainab Othman berkata, ProjeX-23 disertai oleh pelajar semester lima daripada lima jabatan utama di PKK.

Katanya antara jabatan terlibat iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 

“ProjeX-23 juga merupakan pentas bagi menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berdaya saing bertepatan dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni berkata , pelajar PKK akan dikenali bukan sahaja kerana kecemerlangan pendidikan, kokurikulum tetapi juga mempunyai daya saing setara dengan institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Saya ingin mengumumkan Pusat Kreatif Ekonomi Dan Inovasi Sabah, akan membuka peluang kepada para pelajar Politenik Kota Kinabalu untuk membuat latihan industri di organisasi kami,” katanya. 

Anugerah Jabatan Terbaik telah dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dengan memperoleh 47 mata melalui  empat emas, lapan perak dan tiga gangsa mendahului empat jabatan yang lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia catat 37 tangkapan, rampasan lebih RM1.2 juta setakat Jun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular