HomeUtamaBelia Disaran Manfaatkan Usia Muda Sertai Aktiviti Berfaedah - Jonathan

Belia Disaran Manfaatkan Usia Muda Sertai Aktiviti Berfaedah – Jonathan

Read Time:1 Minute, 31 Second

RANAU: Golongan belia  disaran agar memanfaatkan usia muda mereka dengan menyertai program dan aktiviti yang berfaedah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, para belia dan beliawanis harus bijak mencari dan menyertai aktiviti berfaedah sebagai benteng diri daripada terjebak dengan kegiatan terlarang seperti penagihan najis dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam yang sekiranya didapati dan disabitkan kesalahan akan merosakkan kehidupan masa depan apabila dikenakan tindakan  undang-undang.

“Justeru saya menasihatkan generasi muda supaya menghindarkan diri daripada terlibat dengan apa juga kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka”, jelas Jonathan ketika merasmikan program Enduro Tournament anjuran Kelab Motosikal Lasak Komuniti Sarayo di Kg Tagudon Lama Ranau baru-baru ini.

Jonathan memuji Jawatankuasa penganjur program itu dan menyarankan agar lebih banyak aktiviti dianjurkan yang boleh mengajak golongan muda untuk menyertainya sekaligus antara wadah meningkatkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.

“Program murni seperti  ini diharap menjadi benteng kepada generasi belia daripada melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral,” tambah Jonathan.

Sementara itu, pada program melibatkan 90 peserta dari tiga kategori itu, yang dipertandingkan menyaksikan  kehebatan Nuramirul Antang untuk muncul juara kategori ‘Standard’ meletakkan  Hanif Jairis Marif (naib johan) dan Jarawan Samikin menduduki tempat ketiga daripada 10 orang peserta.

Bagi Kategori ‘Open’ Johan disandang Reduan Agustine meletakkan Hanif Tapiris ditangga naib johan dan tempat ketiga diberikan kepada  Hafiz menewaskan 7 peserta lain.

Kategori ‘Cubcross’ johan disandang oleh  Darel Ping-pin diikuti  Mohd Fadele (naib johan) dan Max Ben menduduki tempat ketiga daripada 10  peserta.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan) selaku Pengerusi Penganjur, Aminin Manjun.

Dalam pada itu, Jonathan  sempat berkenal mesra  sambil menyantuni mereka  dengan memberikan sumbangan wang tunai kepada penduduk kampung yang menjual pelbagai makanan, minuman ringan dan buah-buahan tempatan sekitar lokasi program.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya