Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (dua kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempena Majlis Penutupan Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN di Majlis Daerah Tuaran pada Selasa.

Kongsi Ilmu Pengetahuan Daripada Kursus Yang Diperolehi Bersama Keluarga, Masyarakat – Juliah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:34 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag merasmikan penutupan Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN yang disertai lebih 70 peserta daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, di sini pada Selasa.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Sabah itu memberi fokus kepada Pengurusan Kewangan Keluarga dan juga penglibatan pusat keluarga bergerak yang memberikan perkhidmatan seperti pendaftaran mamogram, HPV DNA dan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat di daerah Tuaran.

Sambil menegaskan program ini adalah satu titik permulaan yang baik dan wajar diteruskan agar masyarakat sentiasa mendapat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPPKN.

Juliah berharap semua peserta ini juga akan berkongsi ilmu yang diperoleh bersama keluarga serta penduduk di peringkat akar umbi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *